fbpx

Anak warisi sakit kronik ibu, nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ikmal turut menghidap penyakit saraf kronik.

KUANTAN – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah keadaan dua beradik yang menderita penyakit saraf kronik sehingga tidak mampu berjalan seperti biasa dan se­ring mengalami kekejangan serta masalah pertuturan.

Ainatun Nadrah Napiah, 32, berkata, dia tidak pernah me­nyangka penyakit saraf yang dialami arwah ibu dan neneknya itu kini mula menyerangnya dan adik bongsu, Ahmad Ikmal, 30, selepas kematian ibu mereka tujuh tahun lalu.

Bapanya yang telah lama me­ninggal dunia tidak menghidap penyakit itu.

Menurutnya, ketika belajar di Maktab Rendah Sains Mara Mersing, Johor dan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara Kelantan, tiada sebarang tanda-tanda penyakit itu akan menyerangnya.

“Saya menjaga arwah emak ketika sakit hingga akhir ha­yat, selepas itu penyakit saraf mula menyerang saya dan Ikmal lima tahun lalu, namun keadaan adik lebih serius,” kata­nya semalam.

Ainatun Nadrah (kanan) bersama Nor Rosyidah di Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu di Kuantan semalam.

Ainatun Nadrah yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik berkata, seorang abang­nya turut menghidap penyakit itu, tetapi keadaan tidak serius.

“Cuma seorang lagi abang saya yang tinggal di Johor tidak menghidap penyakit ini,” ujarnya.

Katanya, dia bersama adiknya kini hanya menumpang berteduh di Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama warga emas ekoran tiada pendapatan kerana tidak mampu bekerja.

“Saya reda dengan ujian berat ini dan sebagai hamba Allah, saya hanya mampu berdoa setiap hari semoga saya, abang dan adik diberi kesembuhan,” katanya.

Pengurus kompleks asnaf berkenaan, Nor Rosyidah Mohamed Tahir berkata, pihaknya memberi sepenuh perhatian terhadap kebajikan Ainatun Nadrah dan adiknya yang mengalami masalah kesihatan.

Katanya, setiap bulan mereka berdua dibawa berjumpa doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini bagi mendapatkan rawatan serta mengambil ubat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI