fbpx

Warga emas cemas tong gas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah seorang warga emas yang rosak akibat tong gas meletup di Taman Mega, Jalan Gambang di Kuantan hari ini.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila gas memasak (LPG) di rumahnya tiba-tiba meletup di Taman Mega, Jalan Gambang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan pintu hadapan, siling dan bumbung dapur serta ruang tamu mengalami kerosakan.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersendirian di rumah kerana ahli keluarganya yang lain sudah keluar dan dia berada di bilik ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, selepas menerima panggilan kecemasan, dua jentera bersama sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya apabila sampai di tempat kejadian mendapati keadaan rumah terbabit sudah berselerak dan mengalami kerosakan teruk pada pintu hadapan, bumbung dan siling.

“Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan forensik bomba masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

“Kes berkenaan juga diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI