fbpx

Wanita maut jatuh dari tingkat 21 ketika cuci tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita di Rusia maut selepas terjatuh dari tingkat 21 ketika cuba membersihkan tingkap luar flatnya. - AGENSI

KAZAN, Rusia – Seorang wanita maut apabila terjatuh dari ketinggian 67 meter selepas hilang imbangan ketika dia mencuci tingkap luar flat kediamannya di Kazan, barat daya Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Olga Nautelova, 27, yang disahkan maut di tempat kejadian, dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di flatnya di tingkat 21.

Seorang saksi insiden itu berkata, dia melihat Nautelove meniti pagar balkoni untuk cuba membersihkan bahagian luar tingkap sebelum tiba-tiba hilang imbangan badan.

NAUTELOVA jatuh pada ketinggian 67 meter. – Efir TV Chanel

Kejadian itu sempat dirakam oleh sistem televisyen tertutup (CCTV) yang turut menunjukkan badan mangsa menjunam jatuh dan terhempas di kaki lima bangunan.

Polis kini sedang menyoal siasat saksi kemalangan bagi mengenal pasti urutan kejadian.

“Kecuaian ketika mencuci tingkap adalah versi utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan,” lapor saluran televisyen tempatan, Plohie Novosti TG.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta Nissan, berkahwin dengan seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Kasim Nauletov, demikian menurut laporan tersebut – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI