fbpx

Tutup jalan sementara untuk kerja ganti paip gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajah menunjukkan laluan dari arah Subang menghala ke Glenmarie yang ditutup serta laluan kontra yang dibuka ekoran kejadian kebocoran gas asli.

PETALING JAYA – Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd. (GMD) memaklumkan penutupan dan pengalihan sementara lalu lintas di Persiaran Kerjaya, Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja penggantian saluran paip gas.

GMD dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja itu adalah untuk menggantikan bahagian saluran paip gas yang rosak akibat aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh pihak ketiga.

“Kebocoran gas dari saluran paip yang rosak telah dikendalikan dan kini berada dalam keadan terkawal dan pelanggan tidak mengalami gangguan bekalan gas.

“Saluran paip ini amat penting dalam menyediakan penghantaran gas asli yang selamat dan dipercayai kepada pelanggan industri, komersial dan kediaman di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana GMD telah memastikan keadaan kini terkawal.

“GMD menitikberatkan keselamatan dan tidak akan berkompromi dalam keadaan apa pun. Kami sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

“Pihak kami juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI