fbpx

Tali barut seludup PATI dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua nelayan warga Indonesia yang dicekup kerana menjadi tekong penyeludupan PATI di Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Kegiatan dua nelayan warga Indonesia yang menjadi tali barut membawa keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak dua tahun lalu berakhir selepas mereka diberkas di sebuah premis di Jalan 2, Bagan Sungai Besar, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 28 dan 45 tahun itu yang dipercayai bertindak sebagai tekong laut diberkas pukul 6.30 pagi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed berkata, siasatan mendapati mereka bekerja sebagai nelayan di bagan-bagan nelayan seperti Sekinchan dan Sungai Besar.

“Modus operandi itu adalah membawa keluar PATI menggunakan bot-bot nelayan ke perairan laut dalam sebelum membuat pertukaran PATI kepada bot-bot nelayan Indonesia.

“Kita mempercayai pertukaran penghantaran PATI itu dilakukan di perairan negara ini dan siasatan mendapati mereka memperoleh separuh tambang bayaran PATI daripada ejen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini

Beliau menambah, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah dan tangkapan ini seterusnya memutuskan salah satu sindiket penyeludupan migran di daerah ini.

“Kita turut merampas sebuah bot beserta ejen dan telefon bimbit dianggarkan RM12,500 dengan tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Sungai Besar di sini untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI