fbpx

Sekolah tutup lepas raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Mohd. Radzi

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.

Dalam tempoh penutupan sekolah itu, para pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 10 hari bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 Mei hingga 28 Mei (Kumpulan B).

Pelajar seterusnya akan terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan KPM menutup sekolah selepas raya adalah mengambil kira trend jangkitan Covid-19 dalam masyarakat ketika ini.

“Melihat kepada kes sporadik dalam masyarakat dan kluster lain yang tidak berkaitan dengan kluster pendidikan, kita khuatir berlaku jangkitan di luar sekolah sebelum ia menjangkiti pelajar dan menyebabkan berlaku penularan dalam sekolah.

“Kebimbangan KPM sudah tentu melibatkan pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh dan sekolah asrama harian kerana jika terjadinya penularan di asrama, kemungkinan jangkitannya adalah lebih tinggi berbanding sekolah biasa,” katanya dalam taklimat khas di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM membuat pengumuman awal bagi membolehkan guru-guru memilih kaedah paling sesuai untuk memenuhi keperluan PdPR murid-murid dalam tempoh 10 hari berkenaan.

“Cikgu mahu buat modul atau apa sahaja kaedah terpulang kepada kesesuaian serta kreativiti masing-masing supaya tiada keciciran berlaku sepanjang murid berada di rumah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI