PADA usia 77 tahun, pelakon legenda Robert De Niro masih perlu bekerja keras bagi menjana pendapatan bagi menampung gaya hidup mewah bekas isterinya, Grace Hightower.
Menurut laporan The Times, bintang kelahiran Itali itu perlu bekerja sehingga enam hari seminggu selama 12 jam setiap hari.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh peguamnya, Caroline Krauss ketika hadir dalam satu perbicaraan pada Jumaat lalu.
“Dia sudah berusia 77 tahun dan memang mencintai pekerjaannya. Tetapi untuk bekerja keras pada usia ini demi memenuhi kehendak bekas isteri, itu hal yang tidak sepatutnya,” ujar Krauss.