fbpx

‘Kerja part-time sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan dalam Ops Bersama di Pasar Basah Sri Muda, Shah Alam.

SHAH ALAM – Taktik sekumpulan 12 warga asing masing-masing Bangladesh dan Indonesia memberikan alasan bekerja sambilan di sebuah pasar basah di Sri Muda di sini tidak berhasil apabila ditahan dalam serbuan Ops Bersama, semalam.

Dalam operasi selama enam jam bermula pukul 8 pagi itu, mereka antara 24 warga asing berusia setahun hingga 50 tahun yang ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Selangor bersama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, siasatan mendapati mereka telah menyalahgunakan kelulusan bekerja bukan mengikut Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor yang diberikan kepada warga asing itu.

Katanya, alasan bekerja separuh masa itu tidak boleh diterima terutama di sektor berlainan.

“Siasatan awal mendapati kehadiran ramai warga asing di kawasan ini adalah bagi membeli barangan keperluan disebabkan kediaman mereka terletak berhampiran kawasan perindustrian di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka bekerja sebagai penjual sayur dan ikan separuh masa di pasar basah itu dengan memegang PLKS sektor pencucian dan perkilangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, secara keseluruhan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan terdiri 15 warga Bangladesh, India dan Nepal masing-masing tiga orang manakala Indonesia (2) dan Myanmar (1).

Ujarnya, mereka telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Selangor bagi siasatan lanjut sebelum dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 ,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI