fbpx

JKNNS gesa penduduk alami alahan ulat bulu segera ke KK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Geduk Sawah yang mengalami alahan dinasihatkan untuk segera ke pusat rawatan berhampiran bagi rawatan lanjut.

TAMPIN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menasihatkan penduduk yang mengalami alahan susulan kehadiran ribuan ulat bulu di kawasan perkampungan di Geduk Sawah untuk segera ke mana-mana klinik kesihatan (KK) berdekatan atau hospital.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Harlina Abdul Rashid, berkenaan serangan ulat bulu tersebut, pihaknya melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin akan berhubung dengan kakitangan Jabatan Pertanian bagi tindakan selanjutnya.

“Kebiasaannya mereka yang ada sentuhan dengan ulat bulu akan berasa gatal di tempat sentuhan itu. Mereka yang mempunyai sejarah alahan, mungkin akan mengalami reaksi yang serius seperti sesak nafas.

“Jika ada gejala sesak nafas maka dinasihatkan segera ke pusat rawatan seperti klinik kesihatan atau hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! hari ini menyiarkan kebimbangan penduduk apabila kira-kira tujuh buah rumah penduduk mula diserang ribuan ulat bulu sejak Jumaat lalu dan fenomena berkenaan pertama kali berlaku sejak lebih 18 tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI