fbpx

Glazer letak tanda harga Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Glazer bersedia untuk menjual semua pegangannya di United jika ada pihak yang tampil dengan nilai yang mereka inginkan. – AFP

MANCHESTER – Keluarga Gla­zer yang merupakan pemilik kelab Manchester United meletakkan tanda harga sebanyak £4 bilion (RM22.81 bilion) untuk mereka melepaskan segala kepentingan bersama pasukan itu.

Nilai tersebut dilihat berlipat kali ganda berbanding ketika mereka mengambil alih kelab berkenaan pada 2005 apabila hanya membayar sebanyak £790 juta (RM4.5 bilion).

Mereka menganggap nilai tersebut adalah relevan sekiranya saingan Liga Super Eropah (ESL) dapat dijalankan dan sehingga kini penganjurannya belum dibatalkan sepenuhnya sebaliknya hanya ditunda selepas lapan pa­sukan menarik diri.

ESL adalah harapan utama keluarga Glazer yang sudah lama berniat untuk mengundurkan diri dari kelab itu kerana saingan itu membolehkan mereka menjual pegangan dengan nilai yang melambung.

Mereka tidak begitu mesra peminat sebaliknya kelab itu hanya dijadikan ‘lombong’ duit sehingga pada 2010 terdapat satu gerakan yang dinamakan Green and Gold untuk menyingkirkan keluarga itu dari Old Trafford.

Keluarga Glazer dari Amerika Syarikat itu beranggapan bahawa United memiliki keunikan dan nilai komersial yang tinggi untuk membolehkan mereka dengan mudah mendapatkan penajaan yang bernilai tinggi.

Terbaharu, mereka telah memeterai perjanjian bersama sebuah syarikat teknologi dari Jerman, TeamViewer yang membayar sebanyak £235 juta (RM1.33 bilion) untuk tempoh lima tahun penajaan menggantikan Chevrolet bermula musim depan.

Biarpun nilainya dilihat mewah, namun Uni­ted mampu memberikan pulangan yang baik kepada para penaja kerana mereka memiliki jutaan peminat di seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI