fbpx

Dua bulan tinggal di hentian motosikal, Ebit Lew tampil bantu remaja gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew bersama remaja gelandangan yang tinggal di hentian motosikal sejak dua bulan lalu

PETALING JAYA – Nasib seorang remaja yang menjadikan hentian motosikal sebagai ‘rumahnya’ sejak dua bulan lalu berakhir apabila kisahnya mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ebit Lew berkata, remaja berkenaan berasal dari Sarawak dan dia merupakan anak yatim piatu sejak kecil.

Katanya, remaja berkenaan mempunyai masalah emosi dan tekanan perasaan serta terlibat dengan pelbagai kisah hitam sebelum ini.

“Terkejut bila ramai ‘tag’ saya tentang adik ni. Saya dari jauh bergegas cari adik ini, sampai dilokasi dia terus peluk saya dan menangis.

“Dia berdoa ingin berjumpa saya, ingin cari kerja atau masuk madrasah, nak perbaiki hidup masa lalu,” katanya di laman Facebook semalam.

Menurut Ebit Lew, dia kemudiannya membawa remaja tersebut membeli pakaian dan menginap di hotel sementara dia mendapatkan rumah sewa baharu.

“Sampai hotel terus adik ini sujud syukur lama menangis-nangis. Mata sebelahnya dah tak berapa nampak.

“Saya rasa sebak dan sedih, saya akan cari bilik sewa serta carikan kerja yang sesuai untuk adik ini,” ujarnya.

Sehingga pukul 2 petang tadi hantaran tersebut telah dikongsi lebih 7,900 kali dan mendapat lebih 6,000 komen.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI