fbpx

1.5 juta tunai umrah setakat 10 Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mekah menerima 1.5 juta jemaah umrah sejak awal Ramadan hingga hari ke-10. - Saudi Gazette

MEKAH – Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci Arab Saudi memaklumkan pihaknya menguruskan urusan keluar masuk hampir 1.5 juta jemaah umrah di Masjidil Haram sejak awal bulan Ramadan hingga hari ke-10, lapor agensi berita Saudi.

Para jemaah dibenarkan masuk ke kawasan masjid mengikut kawalan langkah berjaga-jaga dengan memanfaatkan keupayaan memberikan keselesaan kepada pengunjung selain menerapkan langkah berjaga-jaga dan penjarakan sosial.

Pengarah Jabatan Umum Pengurusan Orang Ramai di Masjidil Hara, Osama Al-Hujaili mengesahkan bahawa pihak pengurusan telah memanfaatkan kemampuan operasinya untuk menyantuni para jemaah umrah yang datang mengerjakan ibadat di bulan puasa.

Pihak pengurusan telah memperuntukkan halaman Mataf untuk jemaah Umrah dan memastikan proses keluar masuk masjid lancar serta membuka ruang khas buat warga emas dan golongan kelainan upaya.

Osama turut mengingatkan jemaah umrah untuk sentiasa mematuhi jadual waktu di aplikasi Eatmarna, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI