fbpx

Ugutan oleh ‘Ahli Parlimen’ hanya salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diugut seorang lelaki yang mengaku sebagai Ahli Parlimen sehingga tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah mangsa di Jalan Persiaran Ampang.

Menurutnya, kejadian berlaku berpunca daripada kenderaan suspek yang diletakkan di hadapan rumah wanita itu yang dipercayai telah menghalang kenderaannya untuk keluar.

“Akibatnya telah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya dan suspek didakwa telah mengugut mangsa dengan mengatakan beliau adalah seorang Ahli Parlimen.

“Susulan kejadian itu, mangsa dan suspek masing-masing telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, pihak polis telah menjalankan siasatan dan kedua-dua pihak telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Hasil siasatan mendapati telah berlaku salah faham antara mangsa dan suspek. Semakan mendapati suspek bukan Ahli Parlimen sebaliknya hanya pembantu kepada Ahli Parlimen dan mangsa tersalah dengar.

“Bagaimanapun, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan hal ini secara baik dan tidak mahu kejadian ini dipanjangkan.

“Memandangkan kedua-duanya telah bersetuju untuk berdamai, kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI