fbpx

Tottenham sudah tiada alasan kecundang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS memiliki ramai pemain berkelas dunia ketika ini yang mampu menghadiah trofi pertama buat mereka selepas sekian lama. – TWITTER TOTTENHAM

LONDON – Tottenham Hotspur mungkin perlu memenangi trofi Piala Liga England (EFL) sekira­nya mahu memastikan pe­nyerang, Harry Kane kekal.

Spurs akan membuat perhitungan dengan Manchester City pada aksi final EFL di Stadium Wembley malam ini bagi menamatkan kemarau trofi selama 13 tahun.

Bekas pemain pertahanan Spurs, Jonathan Woodgate berkata, pasukan itu wajib memenangi trofi EFL berdasarkan pemain yang dimiliki selain sesuai dengan fasiliti yang mereka ada.

“Spurs perlu memenangi trofi itu ketika bertemu City kerana mereka sudah membina sebuah stadium yang canggih selain memiliki ramai pemain terbaik berkelas dunia.

“Jentera serangan mereka diketuai penyerang terbaik England (Kane), jadi mereka wajib memenangi trofi itu bagi memastikan dia terus kekal di Spurs,” kata Woodgate.

Tambah beliau, pemain-pemain Spurs yang lain perlu membuktikan kepada Kane mereka benar-benar serius untuk memenangi kejuaraan sekiranya tidak mahu dia dipancing pasukan lain.

“Secara jujur, saya fikir mereka perlu membuat pelaburan untuk mendapatkan pemain baharu nanti. Mereka juga harus mengekalkan Kane kerana dia sudah jaringkan banyak gol buat Spurs musim ini,” ujarnya.

Kane masih mempunyai kontrak bersama Spurs sehingga 2024, namun dia dikaitkan de­ngan perpindahan ke beberapa kelab gergasi seperti Manchester United dan Real Madrid ekoran kecewa dengan prestasi pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI