fbpx

Rezeki bunga teratai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. mengangkat timbunan bunga teratai yang dipetik di sebuah kolam di Jalan Masai Utama baru-baru ini.

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda sanggup mengambil risiko meredah kolam sedalam paras pinggang dewasa untuk memetik bunga teratai yang mekar di Jalan Masai Utama di sini.

Mohd. Rahmat, 31, berkata, ia merupakan satu sumber rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.

Menurutnya, kerja-kerja me­metik bunga teratai atau Nelumbium nelumbo Druce itu dilakukan dua minggu sekali.

“Setiap dua minggu saya akan datang petik bunga te­ratai ini.

“Biasanya pada hujung ming­gu saya akan turun ke kolam se­dalam kira-kira satu meter.

“Dalam masa dua jam saya mampu petik kira-kira 100 kuntum bunga,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, bunga te­ratai itu akan dihantar kepada masyarakat Cina dan India untuk digunakan dalam upacara keagamaan selain sebagai perhiasan.

Katanya, setiap kali bunga dihantar kepada pembeli dia akan menerima upah RM30.

Mohd. Rahmat berkata, kerja hakikinya adalah sebagai tukang cuci dan kerja sampi­ngan itu dilakukannya sejak awal tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI