fbpx

Penyokong bantu KDA FC bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC berjaya meledak dua gol dalam masa kecederaan sekali gus membantu mereka meraih kemenangan ke atas KL City kelmarin.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KETUA Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak menyifatkan semangat tidak mudah mengalah dan sokongan padu para peminat sepanjang aksi menjadi faktor penting kejayaan menewaskan Kuala Lumpur City kelmarin.

Menurut Aidil, meskipun kehadiran penyokong cuma kira-kira 1,300 orang, namun sorakan mereka yang terus menyokong dan membakar semangat pemain membantu pemainnya bangkit pada masa kecederaan.

“Ada satu perkara penting yang saya mahu beritahu, apabila pemain merasa tertekan, penyokonglah yang membantu mereka untuk memulihkan semangat itu kembali bagi meraih kemenangan di saat-saat akhir seperti perlawanan ini.

“Inilah yang kita panggil Stadium Darul Aman dan saya be­ritahu kepada pemain yang kita mesti menang perlawanan ini demi para penyokong,” katanya dalam sidang akhbar selepas ­berakhir perlawanan.

Dua gol Tchetche Kipre pada masa kecederaan membantu KDA FC untuk melakukan kebangkitan dramatik setelah ke­tinggalan 2-1 selepas berakhir 90 minit perlawanan.

Terdahulu Paulo Josue dan Giancarlo Gallifuoco menjaringkan dua gol buat Kuala Lumpur pada minit ke-49 dan 78 manakala gol pertama Kedah terhasil menerusi rembatan Fayadh Zulkifli pada minit ke-70.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Aidil berkata dia sendiri seakan tidak percaya dengan kebangkitan ditunjukkan anak-anak buahnya yang masih mampu mencatat kemenangan ketika perlawanan akan berakhir dalam tempoh beberapa minit.

“Secara keseluruhan saya sa­ngat berpuas hati dengan para pemain termasuk mereka yang berada di bangku simpanan kerana masing-masing terus menunjukkan impak sebaik diberi peluang beraksi.

“Ini sesuatu yang amat menyenangkan namun saya mengharapkan kita dapat terus konsisten dalam hal ini. Saya amat menghargai usaha dan komitmen ditunjukkan pemain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI