fbpx

NSFC masih mendahului Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan, Alain Thierry Akono Akono (kanan) diasak pemain Sarawak United, Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana di antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Sarawak United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini hari ini.

SEREMBAN – Perlawanan tumpuan Liga Premier antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan Sarawak United FC menyaksikan keputusan 1-1.

Pertemuan dua pasukan ibarat buku dengan ruas itu turut disaksikan 1,444 orang penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Perlawanan di babak pertama bermula apabila gawang gol NSFC bolos menerusi jaringan gol Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra pada minit pertama.

Pasukan NSFC membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Beomgeum Bae dan masukkan Mohamad Zamril Ramli.

NSFC membuat pertukaran dengan mengeluarkan Anas Rahmat dan memasukkan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir sebaik babak kedua dimulakan

Sarawak United FC membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Nor Azizi Ramlee dan memasukkan Veenod Subramniam sebelum mengeluarkan Abdul Rahim Abdul Razak menggantikan Chanturu Suppiah.

Gol pertama NSFC dijaringkan Alain Thierry Akono Akono pada minit ke-61 untuk menyamakan kedudukan.

Sehingga tamat perlawanan, kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata selepas masing-masing terikat dengan jaringan 1-1.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI