PERAHU jong merupakan permainan tradisional yang wujud lebih ratusan tahun dahulu, namun kini menunggu masa untuk ‘pupus’. Lazimnya, perahu jong dimainkan masyarakat Melayu yang bekerja sebagai nelayan sama ada yang tinggal di persisiran pantai mahupun di pulau-pulau. Bentuknya seperti miniatur perahu layar dan kebiasaannya dimainkan ketika nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh. Menyoroti sejarah perahu jong dalam masyarakat Melayu, terdapat tiga versi asal usul permainan tradisional ini. Pertama, jong ini merupakan akulturasi daripada masyarakat Tionghua. Kedua, permainan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya