fbpx

Lelaki 54 tahun ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui rentung 100 peratus selepas kediamannya terbakar pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui rentung selepas kediamannya di Blok B-3-10C Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kampung Baru, Kuala Lumpur terbakar pagi tadi.

Mangsa yang maut itu dikenali Jasni Ismail ditemui rentung 100 peratus selepas rumahnya terbakar 70 peratus.

Dalam kejadian sekitar pukul 6 pagi itu, selain rumah mangsa, tiga lagi rumah berdekatan turut terbakar 30 peratus.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Mohd Hafizan Hassan berkata, kejadian itu melibatkan kebakaran empat buah rumah di flat berkenaan.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.39 pagi.

“Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Jalan Tun Razak dengan dibantu BBP Titiwangsa, BBP Keramat dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 20 orang anggota dikejarkan ke lokasi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dalam kejadian itu, seorang lelaki ditemui rentung 100 peratus dalam salah sebuah kediaman berkenaan.

“Semakan mendapati mangsa yang masih bujang itu tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Katanya, api dapat dikawal pada pukul 7.02 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI