fbpx

KPM digesa siasat isu lawak rogol di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pendedahan yang dibuat oleh pelajar itu yang tular di laman sosial.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera menyiasat kejadian dakwaan seorang pelajar terhadap seorang guru yang menggunakan jenayah rogol sebagai bahan jenaka di dalam kelas.

Ahli Parlimen Pandan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan berani pelajar yang mendedahkan perkara tersebut perlu diberi perhatian agar perkara itu tidak berulang terutama di sekolah di mana seorang pelajar harus berasa selesa dan selamat.

“Kita dikejutkan dengan satu isu serius yang didedahkan oleh seorang pelajar perempuan melalui aplikasi TikTok.

“Adalah tidak wajar apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu seolah-olah mengajar pelajar-pelajar lelaki menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi “membolehkan” jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak sekolah dan KPM perlu segera menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas guru yang terlibat jika terbukti sahih.

Terdahulu, seorang pelajar mendedahkan seorang guru bergurau keterlaluan apabila seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dakwa pelajar itu, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat ketika sedang mengikuti mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan seorang guru lelaki.

Lebih mengejutkan, pelajar itu turut mendedahkan setelah dilaporkan kepada guru kaunseling di sekolah tersebut, tiada apa-apa tindakan diambil sebelum dia membuat laporan polis tentang perkara itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI