fbpx

Kecoh SOP melawat Siti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI bersama anak keduanya.

DIVA tumpang gembira bila penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Isnin lalu.

Bayi lelaki yang juga ‘kembar’ kepada Siti Aafiyah itu memang comel dan gebu. Cuma yang tak seronoknya, ramai juga netizen yang bersuara melahirkan rasa kurang senang tentang hal-hal kecil yang berlaku selepas Siti selamat bersalin.

Diva malas nak besar-besarkan cerita. Tapi semuanya sebab timbul tentang isu ‘double standard’ ketika Siti berada dalam bilik bersalin.

Daripada yang Diva baca, ramai mempersoalkan bagaimana hospital yang didiami Siti boleh membenarkan kehadiran ramai pelawat selain daripada suami.

Ada netizen cakap, kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Daripada apa yang dibincangkan netizen, ramai tertanya-tanya bagaimana boleh siap ada imam, jurugambar selain keluarga.

Tapi menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Siti sudah membuat ujian calitan sebelum melawat, jadi tidak ada masalah untuk bertemu dengan orang baharu Siti.

Nama pun Siti dan hospital itu pula hospital swasta yang bukan calang-calang. Yang buat kecoh pun bukan orang juga tetapi hasil tindakan anak dan menantunya. Kiranya hak dan hal keluarga, Siti pun dah maafkan mereka.

DIVA: Sedihnya bila semua masjid dan surau di Kelantan sudah tidak boleh menjalankan solat tarawih berjemaah disebabkan peningkatan kes Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI