fbpx

Elak guna benih padi tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawah dinasihatkan supaya tidak menggunakan benih padi tidak sah bagi mengelak serangan penyakit dan padi angin. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menasihatkan kalangan pesawah supaya tidak menggunakan benih padi tidak sah bagi mengelak kerugian.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, walaupun harganya murah, namun penggunaan benih padi tidak sah memungkinkan pesawah mengalami kerugian.

Katanya, risiko tersebut datang melalui pelbagai cara antaranya melalui serangan penyakit dan padi angin.

“Bagi membantu melancarkan proses pengedaran benih padi sah mengikut keperluan dan tempoh masa sesuai, MADA sebenarnya telah mengadakan perbincangan berkala bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sejak Februari 2021.

“MADA berharap Nafas dapat mempercepatkan pengedaran benih padi sah di Kawasan Muda supaya peladang dapat memulakan aktiviti penanaman padi Musim 1/2021 dengan lancar mengikut jadual ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai keresahan golongan pesawah dan pertubuhan bukan kerajaan mengenai kelewatan Nafas selaku pengedar tunggal mengedarkan benih padi sah.

Selain itu golongan pesawah juga rata-rata menolak cadangan Nafas untuk menggantikan penggunaan benih padi MR297 dengan MR219 bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi berkata, keseluruhan keperluan Benih Padi Sah di Kawasan Muda bagi Musim 1/2021 adalah sebanyak 675,906 beg melibatkan kawasan tanaman padi seluas 96,558 hektar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI