fbpx

Dikecam beli produk pencuci dalam kuantiti yang banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut membeli produk pencuci dalam kuantiti yang banyak kerana dijual pada harga murah. - Facebook / Extreme Coupon and Bargains/The Sun

LONDON – Seorang wanita dikritik netizen kerana membeli produk pencuci yang dijual secara diskaun dengan kuantiti yang melebihi keperluannya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, terdapat lebih 30 produk pencuci yang dibeli wanita itu pada harga yang sangat murah.

“Saya pergi ke Morrisons Lawley/Telford untuk membeli satu barangan yang tiada dijual di situ, namun keluar dari kedai tersebut dengan semua ini,” tulisnya di Facebook.

Lebih menjimatkan, apabila dia hanya perlu membayar sebanyak £24 (RM136.90) untuk kesemua barangan tersebut berbanding harga yang sepatutnya iaitu £101.50 (RM578.98) .

Antara barangan yang dibeli termasuk cecair dan tablet pencuci serta beberapa botol pelembut pakaian.

Tindakan wanita itu mendapat kritikan daripada netizen yang merasakan bahawa dia bersikap tamak dengan membeli barangan dalam jumlah yang banyak.

“Ada tinggalkan sedikit untuk orang lain tak?” tulis seorang netizen.

“Terkejut kerana tiada had pembelian sebanyak tiga barangan sahaja,” komen seorang lagi pengguna yang mengkrtitiknya.

Meskipun dikecam, terdapat juga pengguna yang menyokong tindakan wanita itu dengan mengatakan bahawa kedai tersebut perlu menghabiskan stok barangan dengan menjual pada harga yang rendah.

“Membeli barangan yang ingin dihabiskan oleh kedai bukanlah satu tindakan yang tamak. Dia berada di tempat yang betul pada masa yang betul,” ujar seorang pengguna.

“Tahniah kerana berjaya mendapatkan tawaran harga rendah,” komen pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN