fbpx

800 rider GrabFood carum SPS Perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ghazale Muhamad (kanan) bersama Penasihat Rider Grab Food Melaka, Faizalazhar Jamalidin (tengah) melihat barang keperluan harian yang akan dihantar oleh rider pada program Kembara Ramadan Rider Grab Food di perkarangan D’Village Resort, Ayer Keroh. - FOTO : Rasul Azli Samad

MELAKA – Seramai 80 peratus penghantar makanan di negeri ini telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas kerajaan memberikan pembiayaan percuma selama 12 bulan.

Penasihat GrabFood Melaka, Faizalazhar Jamaludin berkata, seramai 800 daripada 1,000 penghantar telahpun mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2021.

Katanya, sejak Januari lalu, kesedaran dalam kalangan penghantar makanan untuk mendapatkan perlindungan bencana pekerjaan meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Selepas kerajaan mengumumkan untuk membayarkan RM232.80 iaitu caruman selama setahun bagi semua penghantar makanan yang mendaftar dibawah SPS Lindung, jumlah pendaftaran turut meningkat.

“Hanya tinggal baki 20 peratus sahaja rider GrabFood yang belum daftar. Kita akan usahakan untuk minta mereka mencarum dengan Perkeso secepat yang mungkin,” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Ramadan di Resort D’Village, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Program terbabit telah disempurnakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ghazale Muhamad.

Terdahulu, pada Februari lalu, statistik dikeluarkan Perkeso negeri merekodkan hanya 164 daripada 650 penghantar makanan di negeri ini telah mendaftar di bawah SPS.

Dalam pada itu, pada program tersebut seramai 120 orang penghantar makanan GrabFood telah mengambil bahagian dengan membantu menghantar kit makanan dan barang keperluan harian kepada 60 keluarga asnaf di sekitar Melaka.

Ghazale berkata, program tersebut merupakan inisiatif golongan penghantar makanan itu untuk membantu mereka yang memerlukan menerusi sumbangan secara persendirian dan dana daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Walaupun profesion ini pada peringkat awal mungkin dipandang remeh oleh masyarakat, namun kini ramai yang telah menceburi bidang ini selepas melihat potensi kerjaya yang mampu menjana pendapatan diperlukan mengikut usaha masing-masing,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI