fbpx

2,690 kes positif, 10 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,690 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah 392,942 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,680 kes adalah penularan tempatan manakala 10 adalah kes import.

“Jumlah kes aktif meningkat kepada 23,753 hari ini.

“Selain itu, sebanyak 283 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 121 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau.

Noor Hisham berkata, 10 lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan yang kesemuanya membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 1,436.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,853 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 367,753 setakat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI