fbpx

1,290,414 individu telah disuntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai 1,290,414 individu telah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi perkongsian di Twiiter memaklumkan seramai 791,910 telah menerima dos pertama, manakala bagi dos kedua pula seramai 498,504 orang.

Menurut beliau, sehingga semalam seramai 9,250,441 atau 38.1 peratus telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

“Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran yang tertinggi iaitu sebanyak 2,411,489 diikuti Johor (1,152,576), Sarawak (863,954), Kuala Lumpur (737,214), Perak (680,205) dan Pulau Pinang (640,451).

“Sementara itu, Sabah mencatatkan jumlah pendaftaran paling rendah iaitu hanya 15.3 peratus diikuti Kelantan (25.5 peratus), Pahang (30.7 peratus) dan Terengganu (31.4 peratus)” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI