fbpx

Wanita cedera dipercayai diserang beruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECEDERAAN dialami seorang wanita yang dipercayai diserang seekor beruk ketika sedang berjoging di Taman Tasik Taiping, Taiping Sabtu lalu.- FOTO MEDIA SOSIAL

TAIPING – Seorang wanita cedera parah pada betis kiri selepas dipercayai diserang seekor beruk ketika sedang berjoging di Taman Tasik Taiping di sini kelmarin.

Satu video klip berdurasi 13 saat yang memaparkan kecederaan dialami mangsa hingga terpaksa dipapah tular di media sosial

Dalam kejadian itu, seekor beruk jantan dikatakan telah menyerang wanita terbabit dan menggigit betis kirinya.

Ekoran kejadian itu, satu mesej tular di aplikasi WhatsApp meminta penduduk berhati-hati apabila kumpulan beruk menganggu pengunjung di lokasi riadah itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan awam.

Katanya, tinjauan dijalankan bagi menangkap haiwan tersebut namun tidak menjumpai kumpulan beruk di kawasan riadah berkenaan.

“Kita telah menjalankan usaha untuk menangkap haiwan tersebut. Setakat ini, tiada perkembangan kerana tidak menemui kumpulan beruk itu namun, pemantauan akan dilakukan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI