fbpx

Suhaimi tidak gentar kelibat Bergson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIMI (kanan) akan berusaha mempertahankan gawang daripada dibolosi pada aksi Liga Super antara JDT dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KELIBAT penjaring berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak menggusarkan penjaga gol Terengganu FC (TFC), Mohd. Suhaimi Husin menjelang aksi kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Sebaliknya pemain berusia 27 tahun itu yakin barisan pertahanan TFC mampu merantai pergerakan bukan sahaja Bergson, malah tonggak JDT lain seperti Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Leandro Velazquez.

Suhaimi berkata, walaupun skuad Harimau Selatan dilihat terlalu ampuh di atas kertas, namun dia dan rakan-rakan berjanji tidak akan memberi laluan mudah kepada JDT.

“Apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak. Ketua jurulatih (Mohd. Nafuzi Zain) pasti mempunyai perancangan untuk mengecewakan JDT di depan penyokong mereka sendiri.

“Tidak semestinya TFC mengamalkan corak bertahan dan saya harap kami mampu sekurang-kurangnya mencuri satu mata,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Bekas penjaga gol T-Team (kini dikenali TFC II) itu beraksi sejak empat perlawanan lalu ekoran penjaga gol utama, Rahadiazli Rahalim mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL).

Jelasnya, rekod baik di ge­langgang lawan sedikit se­banyak menyuntik moral pasukan selain semangat tidak berputus asa memburu gol sehingga wisel penamat.

“Tidak dinafikan JDT berada di kemuncak prestasi ditambah kehadiran Bergson yang sudah mencetak sembilan gol, namun kami mempunyai cara tersendiri cuba merantainya.

“Jika kami bertenang dan bijak menggunakan peluang, tidak mustahil TFC mampu leburkan rekod JDT di Stadium Sultan Ibrahim,” tambah Suhaimi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI