fbpx

SKM saran kerajaan pertimbang gerakan koperasi dalam GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nordin (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan replika cek kepada sebahagian penerima pertubuhan kebajikan pada majlis iftar bersama media dan penyampaian sumbangan CSR di Hotel Tenera, Bangi malam tadi.

BANGI – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan membuka ruang kepada gerakan koperasi berkemampuan dan berkaliber untuk menyertai entiti dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nordin Salleh berkata, SKM perlu diberikan ruang dan bantuan dari segi polisi untuk merapatkan jurang perbezaan dengan syarikat-syarikat korporat yang lain.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 14,668 koperasi telah diwujudkan di seluruh negara yang memberikan manfaat kepada hampir enam juta ahli yang majoritinya terdiri daripada golongan B40.

“Sekarang ini keadaan begitu kompetitif dan koperasi sudah ketinggalan begitu jauh, jadi perlunya kita diberikan bantuan dari segi polisi.

“Jadi SKM akan menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan supaya gerakan koperasi diberi ruang untuk menyertai entiti dalam GLC,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI