fbpx

“Scammer” baju raya Caprice ditangkap di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice memaklumkan berita penangkapan itu menerusi laman media sosial miliknya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki disyaki “scammer” (penipu) menjual baju raya jenama penyanyi rap Caprice dikenali sebagai Muhammad Fazri ditahan orang awam di Johor semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi status Instagram miliknya malam tadi bahawa lelaki berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis.

“Dua hari lepas kita beri “brader” ini tempoh 24 jam untuk hubungi Caprice dan serahkan diri kepada polis. Orang paling rapat dengan dia WhatsApp Caprice cakap lelaki ini mahu serah diri.

“Tidak sampai 48 jam, “brader” ini curi (tipu) duit orang lain pula. Mangsa perasan muka dia sama dengan “scammer” baju raya Caprice dan terus hubungi Caprice tadi,” katanya.

Satu rakaman video pengakuan lelaki itu menipu orang ramai menjual baju raya jenama Caprice dan meminta maaf kepada penyanyi rap berkenaan turut dimuat naik di Instagram.

Caprice sebelum ini menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi “scammer” menjual baju raya miliknya.

Penyanyi rap itu berkata kegiatan lelaki tersebut bukan hanya melibatkan penjualan baju raya, malah individu sama pernah menipu menjual ‘hoodie’ sebelum ini.

Menurut Caprice, lelaki berkenaan menggunakan akaun Instagram @rindu_by_caprice untuk menipu mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI