fbpx

Sabah bangkit ‘rantai’ Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONZALES (depan) meraikan jaringannya selepas menanduk masuk gol penyamaan buat Sabah ketika menentang Selangor di Stadium MBPJ sebentar tadi. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

KELANA JAYA – Hasrat Selangor untuk merakam kemenangan ketiga berturut-turut tidak kesampaian selepas diikat Sabah 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Gergasi Merah harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengutip tiga mata penuh selepas mensia-siakan deretan peluang untuk menghasilkan lebih banyak gol pada aksi ke-10 Liga Super itu.

Skuad bimbingan Karsten Neitzel itu terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan Sabah daripada bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-31.

Amri yang pernah menyarung jersi Selangor selama 16 musim dari 2001 hingga 2013 dan 2017 hingga 2019, menggunakan pengalaman dan kelincahannya untuk menewaskan barisan pertahanan dan penjaga gol Selangor, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Perubahan taktikal Selangor dalam babak kedua dengan membawa masuk Norhakim Hassan dan Shahrel Fikri Md. Fauzi membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu berjaya mencipta umpanan jaringan buat Ifedayo Olusegun.

Dua gol daripada Ifedayo pada minit ke-56 dan 71 itu menyaksikan Selangor bangkit mendahului 2-1 sekali gus memberi bayangan mereka mampu meraih kemenangan dalam aksi tersebut.

Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan Selangor pada hujung permainan mengundang padah apabila membenarkan Bobby Gonzales menanduk masuk gol penyamaan hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke-87.

Keputusan akhir 2-2 itu menyaksikan Selangor terpaksa akur sekadar meraih satu mata sekali gus kekal menghuni tangga kelima dengan 15 mata selepas 10 perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI