fbpx

PKPD di enam lokaliti di Tawau, Sabah tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di Daerah Tawau, Sabah, esok.

Enam lokaliti berkenaan adalah Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Jalan Mesra, Taman Golden Hill dan Taman Sri Bukit.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM mengesahkan baki kes aktif di kesemua lokaliti tersebut menunjukkan tren penurunan dan baki kes positif telah menerima rawatan serta kontak rapat telah diasingkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, jelasnya, PKPD di dua lokaliti di Daerah Tawau, Sabah iaitu di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan dilanjutkan bermula 26 April hingga 9 Mei depan.

“PKPD di dua lokaliti itu sepatutnya ditamatkan esok bagaimanapun ia dilanjutkan susulan KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 607 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 81 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Sungai Passin, Matu, Sarawak bermula 26 April sehingga 9 Mei depan ekoran masih terdapat penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI