fbpx

Pelikuidasi digesa selesaikan masalah teknikal pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk pangsapuri Rimau Indah fasa 4 yang sebelum ini melakukan demonstrasi di tapak rumah mereka.

SHAH ALAM – Pelikuidasi yang dilantik pihak berkuasa perumahan perlu segera menyelesaikan masalah teknikal membelenggui projek Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4 yang terbengkalai sejak 19 tahun lalu.

Masalah teknikal itu difahamkan adalah mengesan kesemua pembeli asal projek tersebut bagi mengaktifkan proses selanjutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, pihaknya juga mahu pelikuidasi mempunyai tempoh tertentu ditetapkan dalam menyelesaikan masalah teknikal itu.

“Kita telah pun berjumpa pihak pelikuidasi untuk mereka terima tawaran yang telah diajukan oleh pihak kita selain turut mempunyai perintah mahkamah.

“Pengesanan bekas-belas pembeli projek itu adalah tanggungjawab pihak pelikuidasi,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian mengulas aduan pembeli rumah Projek Perumahan Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4 Bukit Rimau Seksyen 32 yang terbengkalai sejak lebih 19 tahun lalu.

Kosmo! 8 November lalu melaporkan seramai 355 pembeli perumahan Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4 di Bukit Rimau yang terbengkalai sejak tahun 2001 mendapat sinar baharu apabila status berhubung projek itu akan diketahui pada 16 Disember lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI