fbpx

Norris akui telah buat keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS berjaya meraih podium ketiga pada aksi GP Emilia Romagna yang berlangsung di Litar Imola hujung minggu lalu. – AFP

ITALI – Pelumba McLaren, Lando Norris mendedahkan sebab utama dia tidak memintas Max Verstappen pada perlumbaan Formula Satu (F1) hingga terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan di kedudukan podium ketiga.

Perlumbaan tersebut berlangsung dalam keadaan hujan lebat dan licin membuatkan ramai pelumba terkeluar dan gagal menamatkan perlumbaan, namun Verstappen (Red Bull) kekal tenang untuk muncul juara Grand Prix (GP) Emilia Romagna.

Bagaimanapun, Norris mempunyai peluang terbaik untuk mencabar Verstappen selepas memintas pelumba Ferrari, Charles Leclerc untuk berada di kedudukan kedua.

Pelumba Britain tersebut mengakui jenteranya memiliki kepantasan untuk memintas Verstappen tetapi memilih untuk tidak melakukannya kerana mengambil kira faktor penggunaan tayar yang meletakkannya dalam risiko.

Akibat tindakan itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton (Mercedes) berjaya mengambil kesempatan memintas Norris untuk meraih tempat kedua.

“Ketika itu saya terpaksa membuat keputusan yang tepat. Pada perlumbaan tersebut, saya menggunakan tayar lembut kerana ia satu-satunya peluang untuk mengatasi Leclerc dan saya berjaya melakukannya.

“Selepas itu, saya fikir saya boleh mengatasi Verstappen terutama di selekoh kedua. Saya boleh mencuba untuk melakukannya tetapi kesannya adalah saya tidak akan menaiki podium.

“Jika saya bertindak sedemikian pasti saya akan merosakkan tayar dan Leclerc akan memintas saya semula. Saya akur meng­akhiri perlumbaan di atas po­dium ,” katanya.
Pada perlumbaan tersebut, Leclerc menamatkan saingan di tempat keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI