PETALING JAYA – Tindakan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mempertahankan kartunis Fahmi Reza yang ditahan pihak berkuasa dikecam pengguna media sosial.
Rata-rata mereka berpendapat Fahmi yang menghina institusi kesultanan tidak wajar dibela terutamanya oleh seorang bekas ketua menteri.
Menurut pengguna Facebook bernama Mohd Zikri, Adly tidak seharusnya bersuara tentang isu berkenaan kerana terdapat banyak lagi masalah yang boleh diketengahkannya.
“Dah terang mamat ini melanggar batas kita sebagai rakyat Malaysia. Sebelum ini tiada pun polis tangkap apabila dia nak berkarya mengenai orang politik.
“Kita bukan orang Eropah,” tulisnya di ruang komen hantaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil tersebut.
Menurut Charlsen Ming pula: “Hello?! Solid apa??! Kalau yang lain saya tak pasti tapi Agong dan pemaisuri kita ini sangat baik dan mesra rakyat, tidak wajar dimalukan ataupun dicemari.
“Oleh itu saya pilih sokong ‘Daulat Tuanku’. Demokrasi itu ada batasan, dalam Rukunegara kita, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah di tempat atas. Ini adalah maruah negara kita YB,” katanya.
Bagi Lazim Muhsin pula, tindakan melawan Permaisuri Agong tidak seharusnya disokong.
“Ni nak lawan Raja-raja Melayu. Fikir logik. Tak semua kita boleh sokong walaupun geng sendiri. Geng sendiri buat salah, tegurlah jangan pergi sokong pula,” katanya. – K! ONLINE