fbpx

MR. D.I.Y. lancar kempen ‘Raya Kami Termurah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja MR. D.I.Y. menunjukkan juadah istimewa hari raya yang dijual di lebih 280 cawangan kedai murah itu di seluruh negara.

PETALING JAYA – Syarikat peruncit perkakas rumah MR. D.I.Y melancarkan kempen ‘Raya Kami Termurah’ bersempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR. D.I.Y., Andy Chin berkata, kempen itu antara lain melibatkan juadah istimewa Hari Raya Aidilfitri, diskaun, promosi dan jualan murah.

“Semuanya ada dalam kempen ini untuk mereka menyambut musim perayaan tanpa perlu khuatir jika berbelanja secara berlebihan.

“Kuih-muih dan juadah raya kegemaran semua seperti badam coklat, kacang gajus, cip coklat badam, badam cair, tart nanas dan coklat swiss antara tumpuan utama,” katanya ketika perasmian promosi ‘Raya Kami Termurah’ baru-baru ini.

ANDY

Andy Chin berkata, kempen ‘Raya Kami Termurah’ boleh didapati di lebih 280 cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara.

Menurut beliau, MR. D.I.Y. turut melancarkan promosi istimewa kepada lebih 150 barangan pada musim perayaan dengan diskaun sehingga 30 peratus.

Kata beliau, ia termasuk pilihan barangan dekorasi seperti alas meja, pasu kayu dan kaca, lampu pelita, sejadah dan pelbagai lagi barangan eksklusif Hari Raya Aidilfitri.

“Terdapat juga 20 peratus diskaun untuk produk-produk jenama terkemuka seperti Ambi Pur, Mr. Muscle, Energizer, Pantene dan macam-macam lagi.

“Selain daripada promosi di dalam kedai, MR. D.I.Y. turut memperkenalkan promosi dalam talian dengan diskaun kelengkapan rumah sehingga 22 April,” katanya.

Tambah beliau, jualan murah itu turut dimeriahkan dengan peraduan Raya Shop & Win pada 4 Mei depan dengan hadiah Set Gerudi Pro Fixman sehingga ke baucar tunai dalam talian RM50. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI