fbpx

Lelaki kecam masjid, hina Melayu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh surat dihantar suspek kepada pihak pengurusan masjid.

Oleh NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR

JEMPOL – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki menulis surat mengecam pihak pengurusan Masjid Jamek Bahau dan menghina Melayu dekat sini semalam.

Suspek berusia 55 tahun tersebut diberkas pada pukul 8.10 malam semalam di rumahnya di Taman ACBE Bahau dekat sini kerana mengaitkan kehadiran jemaah ke masjid itu menjadi punca kes positif Covid-19 meningkat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, selain tangkapan, polis turut merampas beberapa helai kertas dan sampul surat yang disimpan di dalam kabinet dapur yang mempunyai kaitan untuk mengecam Masjid Jamek, Bahau dan menghina Melayu.

“Suspek merupakan bekas pekerja kedai kopi di Bahau yang diberhentikan kerana mempunyai masalah disIplin dan sering memarahi pelanggan kedai berkenaan.

“Siasatan awal percaya suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap majikannya kerana diberhentikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 21 April lalu, media melaporkan pihak masjid menerima sepucuk surat yang mempersoalkan bunyi kuat di masjid setiap hari dan ramai orang berkumpul di masjid yang menjadi punca peningkatan kes Covid-19.

Kejadian tersebut juga tular di media sosial dan surat itu turut mengaitkan seorang pemilik restoran di Bahau dekat sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI