fbpx

Lelaki dijumpai gantung diri dalam pondok usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa pondok di mana seorang lelaki ditemukan menggantung diri di Bagan Sungai Burung di Bagan Datuk semalam.-IHSAN PDRM

BAGAN DATUK – Mayat seorang lelaki ditemukan tergantung dalam sebuah pondok usang di Bagan Sungai Burung di sini semalam.

Mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas terhidu bau busuk ketika sedang menjalankan kerja membaca meter di bangunan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya yang menerima maklumat penemuan itu pada pukul 12.35 tengah hari segera ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, setiba di lokasi didapati seorang lelaki dalam keadaan tergantung dengan tali pada alang bumbung terikat di leher manakala gumpalan tali pula terlilit pada pergelangan tangannya.

“Ketika ditemui, lelaki itu masih lengkap berpakaian baju-T dengan seluar jeans pendek. Mayat simati bagaimanapun telah membengkak dan berbau busuk dipercayai mati dalam tempoh lebih 24 jam.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian namun lelaki itu dipercayai warga asing dari Myanmar berusia lingkungan 30-an,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas mayat oleh pasukan dari Jabatan Forensik Kontinjen Perak mendapati tiada apa-apa kecederaan luaran pada fizikal badan lelaki itu.

Katanya, pondok jenis terbuka itu percayai tempat tidur lelaki terbabit kerana terdapat tilam dan juga pakaian bersebelahan tempat dia menggantung diri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI