fbpx

Keluarga harap tiga mangsa bot karam selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Harun

KOTA BHARU – Keluarga kepada tiga mangsa yang terlibat dalam kejadian bot karam ketika mencandat sotong di perairan Kuala Besar semalam mengharapkan semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Isteri kepada Mat Harun Mohd. Nor,55, iaitu Mek Esah Husin, 56, berkata, suaminya keluar rumah pada pukul 3 petang sempat membawa muruku dan nasi bungkus yang dibeli di kedai berhampiran rumah sebagai bekal untuk berbuka puasa.

Katanya, sebelum ini, suaminya sering turun ke laut dan membawa pulang sotong yang banyak untuk dijual kepada peraih.

“Saya menunggu di jeti ini sejak pukul 7 pagi tadi dan masih berharap tiada kejadian buruk menimpa suami,” katanya ketika ditemui pemberita di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Isteri kepada seorang lagi Mat mangsa, Awang, 54, iaitu Che Rohani Majid, 49, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan ahli keluarga pukul 7 pagi ini.

“Saya yang tinggal di Tunjong di sini terus bergegas bersama seorang anak ke jeti ini. Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat terkini berhubung kejadian itu.

“Ini adalah kali kedua suami saya keluar ke laut bersama rakannya. Sebelum ini, dia ada memaklumkan untuk menjual bot yang dinaikinya itu. Saya tidak pernah menghalang kerana tahu hobinya mencandat sotong,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada kepada Zulshahmin Danial Zulazman, 26, Suzi Mustapa berkata, anak kedua daripada dua beradik itu bekerja dengan Mat sebagai pemasang siling kapur.

Katanya, dia mengikut majikannya itu turun ke laut untuk mencandat sotong dan berharap ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan selamat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI