fbpx

Keasyikan nilai budi Intan Payung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA kini muncul dengan single Intan Payung bersama Noraniza Idris.

SEJAK kebelakangan ini, pendengar kian disajikan dengan lagu-lagu berentak tradisional moden yang sarat nilai dan berkualiti karya pemain muzik tanah air. Kebangkitan gelombang tersebut dapat disaksikan menerusi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.

Terbaharu, lagu berjudul Intan Payung nyanyian Bunga Isme featuring Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris atau Kak Ani terus merancakkan trend muzik sedemikian.

Buat penulis secara peribadi, lagu ciptaan Bunga dan Luca Sickta itu memiliki kekuatan tersendiri dari segi kualiti dan nilai komersial. Peminat boleh menjangkakan lagu berkenaan melangkah bergaya di pentas AJL36 edisi akan datang dan pada masa sama, menjadi siulan saat mula berkumandang di radio mahupun pelantar muzik digital.

GANDINGAN Bunga dan Noraniza menerusi Intan Payung meneruskan lagi apresiasi terhadap kebangkitan semula muzik moden tradisional oleh pengkarya tanah air.

Kolaborasi ‘tip top’

Dari segi komposisi, Intan Payung merupakan sebuah karya genius yang kaya dengan elemen selayaknya sebuah perkongsian muzik luar biasa.

Penyatuan dan pendekatan komposer berbilang bangsa yang mengangkat budaya Malaysia dalam karya berkenaan juga satu kebanggaan. Itu antara peranan muzik iaitu menyatukan semua rakyat.

Kolaborasi Noraniza dan Bunga menjadi kerjasama segar berbeza era yang selayaknya dipuji, Bunga tahu benar peranannya sebagai seorang penyanyi rap dan Kak Ani tidak perlu disangkal kehebatannya dalam menderaskan sekali gus mengangkat muzik Irama Malaysia.

Jika sudah bernuansa Irama Malaysia, liriknya sarat mesej dan peringatan. Karya ini juga kaya dengan peribahasa klasik.

Ketelitian dalam pembikinan muzik video dari segi ton, transisi dan grading bertaraf global juga harus diberi kredit. Syabas kepada Bunga, Kak Ani dan pasukan atas kerjaya yang sangat ‘tip top’ itu.

Jadi, Intan Payung ada harapan cerah untuk AJL36 tahun hadapan. Penulis ada satu frasa yang ingin diungkap: “Selamat datang buat era kebangkitan irama tradisional! kembalikan aroma satu ketika dahulu ketika melodi sedemikian sangat dihargai.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI