fbpx

Enam aksi terakhir ibarat final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (dua dari kanan) menagih aksi sempurna daripada para pemainnya untuk enam aksi terakhir bagi mendapatkan slot pentas Eropah. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa anak-anak buahnya memberikan segala-galanya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United di Anfield malam ini.

Jurulatih dari Jerman itu menganggap baki enam perlawanan liga musim ini seperti perlawanan akhir buat Liverpoolmemandangkan mereka dalam keadaan terdesak untuk mela­yakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas tersingkir di peringkat suku akhir kepada Real Madrid sebelum ini, kedudukan empat teratas liga merupakan satu-satunya cara untuk The Reds ­beraksi dalam saingan berprestij Eropah itu.

“Sudah tentu perlawanan itu (Newcastle) sangat penting untuk kami. Saya boleh katakan kami akan berdepan beberapa ‘perlawanan akhir’ sebelum liga berakhir.

“Saya tidak mahu pemain-pemain mensia-siakan peluang untuk mengutip mata penuh menentang Newcastle. Kami tidak ada pilihan lain dalam si­tuasi sekarang kecuali mengakhiri­nya dengan kemenangan,” kata Klopp.

Bagaimanapun, beliau percaya mereka perlu berdepan halangan sukar memandangkan pasukan-pasukan seperti Chelsea, West Ham United dan Leicester City turut serta dalam perebutan empat teratas itu.

“Mereka berada di depan kami ketika ini, namun kami masih boleh beri tekanan kepada mereka dalam beberapa perlawanan akan datang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI