fbpx

Empat jam gagal jumpa jalan keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak ditemui selamat selepas terkandas hampir empat jam di atas Bukit Cendana, Pulau Tikus di sini tengah hari tadi.

GEORGE TOWN – Hasrat dua beranak mendaki Bukit Cendana di Pulau Tikus di sini buat pertama kali tidak berjaya selepas mereka dilaporkan terkandas hampir empat jam di tengah bukit dan gagal menemui laluan keluar pagi tadi.

Kejadian berlaku selepas wanita berusia 58 tahun dan anak perempuannya berumur 29 tahun itu memulakan aktiviti pendakian seawal pukul 7 pagi.

Mereka yang datang dari Butterworth, Seberang Perai dan menginap di hotel di sini semalam itu akhirnya diselamatkan seorang pendaki lelaki kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Hassan Hussain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.48 tengah hari tadi dan mangsa dapat dihubungi menerusi talian telefon dan WhatsApp.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi mendapati kedua-dua wanita tersebut telahpun diselamatkan terlebih dahulu oleh seorang pendaki lelaki.

“Dua beranak itu ditemui dalam keadaan selamat. Mereka memaklumkan pendakian di Bukit Cendana adalah kali pertama dan gagal menemui jalan keluar semasa hendak mendaki ke puncak bukit berkenaan.

“Mereka dikatakan terkandas hampir empat jam sebelum terserempak dengan pendaki lain. Pasukan bomba kemudiannya membantu membawa mereka turun dengan kenderaan pacuan empat roda” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya, tiada sebarang kecederaan yang dialami mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.05 petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI