fbpx

Dua gol lewat bantu Kedah kutip mata penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kipre cuba dihalang oleh pemain KL City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Dua gol pada masa tambahan hasil jaringan pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre membolehkan Kedah mengutip tiga mata penuh menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Darul Aman di sini malam ini.

Kedah Darul Aman (KDA) FC bermula garang apabila dua tonggaknya, Baddrol Bakhtiar dan Kipre melakukan tiga percubaan tepat dalam tempoh 10 minit pertama iaitu pada minit ke-4, 6 dan 9.

Walau bagaimanapun, ketiganya-tiganya digagalkan oleh kecemerlangan penjaga gol Kuala Lumpur, Kevin Mendoza yang sentiasa berada pada kedudukan tepat bagi mengelakkan pintu golnya daripada dibolosi.

Memasuki babak kedua, KDA FC menggerakkan ancaman awal menerusi pemain lincah, Mohammad Fayadh Zulkifli pada minit ke-46, namun percubaannya dari dalam kotak penalti, tepat ke kaki penjaga gol pelawat.

Dua minit berselang, pasukan pelawat bagaimanapun mengejutkan tuan rumah apabila rembatan leret dari luar kotak penalti kapten mereka, Paulo Josue menerjah gawang sebelah kiri KDA FC untuk gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-70, Fayadh membalas kepercayaan diberikan jurulatih, Aidil Sharin Sahak yang memasukkannya sebagai pemain gantian apabila bijak menyempurnakan peluang menerusi rembatan kaki kanan untuk menewaskan Kevin Mendoza bagi menyamakan kedudukan.

The City Boys bagaimanapun kembali di depan pada minit ke-78, apabila tandukan pemain pertahanan, Giancarlo Gallifuoco berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Shahril Saari.

Memasuki masa tambahan, Kipre kemudiannya menyamakan kedudukan buat tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti setelah pemain gantian, dijatuhkan pemain pasukan pelawat.

Rembatan kaki kiri Kipre pada saat-saat akhir perlawanan menggamatkan Stadium Darul Aman bagi menoktahkan perlawanan dengan keputusan 3-2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI