fbpx

[VIDEO] Ayob Khan tunjuk aksi tebar roti canai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan kebolehan menebar roti canai ketika rombongan Singgah Sahur KMJ tiba di IPK Johor, pagi tadi

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan kemahiran menebar roti canai dalam program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) di sini.

Terdahulu, Ayob Khan menerima kunjungan rombongan KMJ yang diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad tiba di Masjid Laksamana Tunku Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, program tahunan yang bermula sejak tahun 2015 bertujuan memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan dan pasukan perubatan yang bertugas, secara tidak langsung mengeratkan hubungan petugas-petugas barisan hadapan dengan media.

“Kita nak menghargai jasa petugas-petugas barisan hadapan yang sentiasa memberikan tugas terbaik mereka tanpa mengira masa dan lokasi.

“Lebih-lebih lagi semasa penularan Covid-19 ketika ini, jadi program seperti ini menjadi salah satu cara bagi kami petugas media menunjukkan tanda sokongan kepada mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Singgah Sahur KMJ itu selesai.

Selain Hasni, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang serta petugas pejabat Menteri Besar turut sama-sama turun padang menyokong usaha KMJ menyantuni petugas-petugas barisan hadapan.

Empat lokasi dikunjungi KMJ semasa program tersebut iaitu Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pada tahun ini, KMJ mendapat kerjasama Yayasan JCorp, dengan mengagihkan 200 pek KFC di lokasi-lokasi terlibat, selain makanan-makanan ringan seperti roti dan biskut sumbangan KMJ sendiri.

KMJ turut mendapat kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang akan bersama- sama mengiringi rombongan Singgah Sahur ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI