fbpx

9,916 warga emas terima suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (dua dari kanan) bergambar bersama penerima selepas menyerahkan Bantuan Kewangan Pengoperasian Tahunan PAWE Zon Utara Tahun 2021 di Hotel Park Avenue, di sini hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 9,916 warga emas yang berdaftar telah menerima vaksin Covid-19 dos pertama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa kedua setakat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, hasil maklum balas yang diterima, kesemua penerima suntikan vaksin itu dilaporkan dalam keadaan baik.

“Setakat ini, maklum balas yang kita terima mereka semua dalam keadaan baik dan kita doakan mereka terus sihat serta tiada mudarat yang berlaku.

“Tidak dinafikan banyak cerita yang membuatkan mereka gusar tetapi selepas disuntik semuanya dalam keadaan baik,” katanya selepas menyempurnakan Penyampaian Bantuan Kewangan Pengoperasian Tahunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Zon Utara Tahun 2021 di sini hari ini.

Sebelum ini, Rina memaklumkan seramai 36,000 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dijadualkan bakal menerima suntikan vaksin itu pada fasa kedua.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI