fbpx

2,717 kes, Selangor rekod tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,717 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 390,252 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 768 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 570 kes dan Kelantan sebanyak 518 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (240 kes), Pulau Pinang (134 kes), Sabah (132 kes), Johor (126 kes), Perak (54 kes), Terengganu (50 kes), Kedah (34 kes), Melaka (30 kes), Negeri Sembilan (27 kes) dan Pahang (22 kes).

“Putrajaya pula melaporkan 11 kes baharu manakala, Perlis dengan satu kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya, Labuan pula tidak merekodkan kes baharu hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI