KOTA BHARU – Tiga lelaki dikhuatiri lemas ketika mereka keluar mencandat sotong di sekitar perairan Kuala Besar di sini petang semalam.
Mangsa, Mat Awang@Jali, 54 , Mat Harun Mohd. Nor, 55, dan Zulshahmin Danial Zulazman, 26, hilang selepas bot jenis fiber yang dinaiki mereka dipercayai terbalik.
Ketiga-tiga mangsa dipercayai keluar dari kawasan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini sebelum solat Asar petang semalam diikuti empat bot lain yang dinaiki 12 lagi rakan-rakan mereka.
Tinjauan Kosmo! di jeti LKIM mendapati, setakat ini, masih belum ada sebarang petunjuk berhubung penemuan bot yang dinaiki mereka. -K! ONLINE