PETALING JAYA – Penyanyi, Akma Abdullah menjelaskan dia belum lagi berniqab dan memohon doa agar berubah ke arah yang lebih baik.
Kenyataan tersebut dibuat selepas bekas peserta program reality Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu memuat naik sekeping foto dengan penampilan berniqab dalam Instagramnya.
“Ada orang tanya Akma dah berniqab ke? Masya-Allah, belum lagi. Tapi saya ‘aminkan’ sahaja,” ujarnya.
Kata Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah lagi, sempena bulan Ramadan, dia sedaya upaya akan berubah ke arah yang lebih baik.
“Apa-apa pun marilah kita perbaiki yang wajib dahulu ya. Insya-Allah. Allah SWT akan sayang,” kata pelantun lagu Percaya Pada Cinta itu.
Sekadar info, Akma mengakui pernah menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan kerana memberi tumpuan terhadap pendidikan dan rumah tangga.
Selain menyanyi, Akma kini lebih dikenali sebagai pengacara. – K! ONLINE