fbpx

Sang Penyu sedia gegar Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI percaya sekiranya anak-anak buahnya bersikap yakin dan menguasai permainan, TFC akan memperoleh keputusan positif malam esok.

Oleh TENGKU DANISH
BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain mengakui tugas getir menanti anak-anak buahnya dalam kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam esok.

Lantaran itu beliau memberi­tahu, TFC perlu berada pada tahap keyakinan terbaik untuk menyerap asakan tuan rumah yang juga juara Liga Super tujuh musim berturut-turut tersebut.

Menurutnya, JDT berada dalam kelas tersendiri menerusi adunan pemain berpengalaman selain diperkuatkan dengan tonggak import bertaraf dunia.

“Semua tahu, JDT pasukan serba lengkap dan untuk membandingkan kualiti pemain atau corak permainan, TFC sebenar­nya bukan tandingan mereka.

“Begitupun, saya percaya jika kami bersikap yakin ketika mendapat penguasaan bola, TFC mampu catat keputusan positif,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Nafuzi berkata, tempoh se­min­ggu sejak perlawanan terakhir bertemu KL City telah digunakan sebaiknya untuk memperkemaskan lagi rentak permainan TFC.

Namun katanya, beliau belum lagi menentukan kesebelasan utama untuk aksi dua pasukan teratas Liga Super itu.

“Kami yakin dan percaya pada diri sendiri. Terpulang kepada pemain-pemain untuk membuktikan sesuatu di atas padang.

“Selagi wisel penamat 90 minit belum berbunyi, selagi itu TFC akan berjuang habis-habisan,” tambah Nafuzi.

Hanya lima mata memisahkan TFC yang mengekori rapat JDT di kedudukan kedua mengumpul 18 mata daripada sembilan perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI