ANGGOTA kumpulan Blackpink, Rose dilantik sebagai duta bagi sebuah jenama perhiasan barang kemas.
Jenama popular tersebut dalam satu kenyataan mendedahkan penyanyi itu dipilih sebagai duta global sekali gus menjadi model dan kempen digital untuk semua koleksi syarikat mereka bagi tahun ini.
“Menjadi sebahagian daripada sebuah jenama ikonik yang telah lama dan terkenal merupakan impian yang telah lama saya idamkan.
“Saya cukup bertuah dan rasa terharu dapat bekerjasama dengan syarikat pengeluar barang kemas terkemuka dunia,” kata Rose.
Pada masa sama, jenama barang kemas berkenaan menyatakan mereka memilih Rose sebagai duta kerana gaya dan pengaruhnya yang berani, unik, dan moden serta sesuai dengan identiti yang dibawakan mereka selama ini.